Australia berdepan krisis politik

Australia berdepan krisis politik

SYDNEY, 3 Julai – Australia di awang-awangan politik hari ini selepas para pengundi gagal memberikan kestabilan yang diinginkan Perdana Menteri Malcolm Turnbull ketika mengadakan pilihan raya, dengan negara sebaliknya berdepan prospek parlimen tergantung.

Bekas pengurus bank itu mengadakan pilihan raya awal untuk mengukuhkan sokongan dan mewujudkan kerajaan kukuh berdasarkan agenda ‘pekerjaan dan pertumbuhan’ selepas menyingkirkan rakannya dalam parti Liberal, Tony Abbott dalam rampasan kuasa parti September lalu untuk menjadi pemimpin keempat negara itu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan.

Tetapi kini beliau berdepan prospek terpaksa berdepan dengan parti bebas dan parti kecil untuk terus memimpin selepas hampir tiga peratus bertukar menentang pentadbirannya.

Di sebalik banyak ahli parlimen campuran disingkirkan, Turnbull menegaskan beliau masih ‘agak yakin’ sementara mengakui dalam panggilan telefon beliau dalam tergesa-gesa untuk memeterai perjanjian dengan ahli-ahli undangan yang mungkin diperlukan dalam lingkungan untuk terus memimpin. “Saya masih agak yakin bahawa kerajaan campuran majoriti akan kembali pada pilihan raya ini apabila pengiraan selesai,” katanya hari ini.

Pemimpin parti politik, Nick Xenophon bercakap kepada media di bandar Adelaide Hill di Stirling. Austral-ia hari ini dalam krisis politik selepas pengundi berpaling tadah daripada parti memerintah. - AFP
Pemimpin parti politik, Nick Xenophon bercakap kepada media di bandar Adelaide Hill di Stirling. Austral-ia hari ini dalam krisis politik selepas pengundi berpaling tadah daripada parti memerintah. – AFP

“Apa yang akan kami lakukan ialah memastikan kami berusaha dengan membina dan berkesan dengan semua anggota parlimen baru untuk memastikan kami mewujudkan kestabilan dan kepimpinan yang dijangkakan oleh penduduk Australia.”

Selepas undi-undi melalui pos menambah jumlah hari ini, parti campuran beliau iaitu campuran Liberal/Kebangsaan mempunyai 65 kerusi berbanding 67 yang diraih parti Buruh, parti Green meraih satu dan parti bebas, empat, menurut keputusan. – AFP