Australia berentap AS pusingan pertama

Australia berentap AS pusingan pertama

LONDON, 24 Sept (Reuters) – Pesaing tradisi, Australia dan Amerika Syarikat (AS) akan bertembung pada pusingan pertama Piala Davis 2016, sementara Great Britain dan Jepun akan bertemu bagi kali kedua, selepas undian dibuat semalam.

Australia (28) dan AS (32) memenangi Piala Davis 60 kali, walaupun kedua-duanya adalah kuasa sebenar, dengan satu kemenangan setiap pasukan pada abad ini.

Britain, yang akan menentang Belgium pada final tahun ini bulan November, akan memulakan kempen 2016 mereka di tempat sendiri menentang Kei Nishikori dari Jepun, 85 tahun selepas satu –satunya pertemuan mereka sebelum ini.

Undian bagi Kumpulan Dunia, yang diadakan di Santiago, Chile, juga meletakkan Switzerland dengan laluan genting menentang Itali.

Pasukan kuat dari Switzerland, yang diketuai oleh Roger Federer dan Stan Wawrinka, telah memisahkan enam pertemuan laluan mereka menentang pasukan jiran.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dari Serbia akan menjadi hos kepada Kazakhstan, sementara Perancis, di bawah kapten baru, Yannick Noah, akan menjadi hos kepada Kanada.

Pusingan pertama akan diadakan pada 4-6 Mac. Di bawah peraturan Piala Davis, pasukan tuan rumah akan memilih permukaan gelanggang.