Australia, China tingkat kerjasama

Australia, China tingkat kerjasama

BANGKOK, 17 Jun (dpa) – Australia dan China menandatangani perjanjian perdagangan bebas hari ini, bagi menaikkan tarif import dua hala setelah beberapa rundingan selama sedekad, menurut laporan media.

“Apa yang kamu telah lakukan adalah sesuatu yang bersejarah buat negara kita berdua,” Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, apabila menyaksikan kedua-dua menteri perdagangan menandatangani perjanjian tersebut di Canberra, penyiar ABC melaporkan.

“Ia akan mengubah negara kita untuk menjadi lebih baik, Ia akan mengubah rantau kita menjadi lebih baik. Ia akan mengubah dunia kita menjadi lebih baik,” ujarnya.

Apabila perjanjian itu dimuktamadkan oleh Menteri Perdagangan Australia Andrew Robb dan Menteri Perdagangan China Gao Hucheng dilaksanakan, ia akan membuang 95 peratus tarif eksport Australia, dan merendahkan rintangan bagi perniagaan-perniagaan China di Australia dan melanjutkan lebih visa untuk pengunjung China ke Australia, agensi berita Xinhua melaporkan.

Perdagangan dua hala dalam barangan dan perkhidmatan tahun lepas melebihi dari 135 juta dolar dengan China sebagai rakan perdagangan terbesar Australia.

Perdana Menteri Australia (tengah) menyaksikan penandatanganan di antara kedua-dua negara. - Reuters
Perdana Menteri Australia (tengah) menyaksikan penandatanganan di antara kedua-dua negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA