Australia gesa lebih banyak perkongsian perisikan pengganas

Australia gesa lebih banyak perkongsian perisikan pengganas

SYDNEY, 24 Nov (Reuters) – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini menggesa bagi perkongsian perisikan lebih luas di Asia Tenggara untuk menghentikan gaya serangan di Paris dan mengarahkan pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang tempatan supaya menguji kesediaan mereka untuk menangani serangan yang banyak mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Dengan merujuk ‘ancaman meningkat pengganas’, AS telah mengeluarkan kewaspadaan sejagat semalam bagi rakyat Amerika yang merancang membuat perjalanan ekoran serangan maut militan di Perancis dan Mali.

Dalam ucapan keselamatan kebangsaan kepada parlimen, Turnbull menggesa bagi perkongsian perisikan lebih luas dengan para pemimpin negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura yang mana rakyat Australia adalah pengunjung kerap.

“Dari perspektif Australia, kita melihat risiko sebenar bahawa kumpuan pengganas di rantau itu mungkin mendapati inspirasi dari serangan seperti yang pernah kita lihat di Ankara, Beirut, Bamako dan Paris dan kami sangat sedar tentang hakikat bahawa ratusan ribu rakyat Australia melawat Asia Tenggara setiap tahun,” ujarnya.

Turnbull hari ini mengarahkan para pegawai penguat kuasa undang-undang Australia supaya menguji kesediaan mereka bagi serangan yang mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan selepas serangan Paris pada 13 November yang membunuh 130 orang.

Australia sedang melancarkan serangan udara ke atas kumpulan IS sebagai sebahagian gabungan yang diketuai AS, yang membawa kepada ancaman serangan balas.

Turnbull mengulangi tidak ada rancangan untuk mengubah taktik tentera Australia memerangi kumpulan Islam IS di sebalik beberapa orang ahli politik yang menggesa pasukan tentera dihantar ke Syria.

Bagaimanapun beliau menekankan perlunya menangani pelampau ganas online, dengan mengatakan Australia menyokong program baru Malaysia untuk menangani mesej pelampau.

“Seperti Australia tidak boleh memerangi sebarang konflik ketenteraan menentang ISIL secara sehala, kita tidak boleh menangani faham pelampau ganas bersendirian, terutamanya di online,” ujarnya, dengan menggunakan akronim bagi Kumpulan IS.

Turnbull juga berkata Peguam Negara George Brandis akan melawat Indonesia bulan depan untuk membincangkan seterusnya penyelarasan perisikan serantau.

ARTIKEL YANG SAMA