Australia gesa perangi keganasan

Australia gesa perangi keganasan

CANBERRA, 12 Sept – Kerajaan Australia merayu kepada orang ramai supaya memerangi ancaman pengganasan, sementara ia juga berusaha bagi kaedah pantas perundangan baru untuk memberikan pertubuhan cegah keganasan lebih banyak kuasa, Menteri Kehakiman negara berkata hari ini.

Ekoran serangan pisau yang berkaitan dengan keganasan di Sydney semalam, Menteri Kehakiman Michael Keenan berkata wajah keganasan ‘bersendiri’ di Australia adalah ancaman baru yang bukan hanya perlukan perubahan perundangan, tetapi juga sokongan dari orang awam.

Serangan semalam berlaku kurang seminggu selepas artikel online yang disiarkan oleh kumpulan Islam IS yang menggesa para pengikut membunuh rakyat Australia di halaman belakang mereka.

Keenan berkata kerajaan komited untuk memperkenalkan perundangan baru selepas serangan itu, tetapi mengakui lebih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan semua rakyat Australia.

“Kami akan memperkenalkan perundangan ke parlimen yang mana pengulangan terbaru untuk mengemas kini perundangan yang mana kumpulan cegah keganasan beroperasi,” Keenan memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) hari ini.

Keenan berkata sementara pihak berkuasa telah menggendalakan lebih 10 serangan ganas dalam tempoh dua tahun lalu, kerajaan menyeru anggota masyarakat supaya berperanan menghalang serangan-serangan penyerang bersendiri seterusnya.

“Ini adalah cabaran besar dan sudah tentu salah satu perkara yang kami memang perlu tempat kami bersandar ialah perisikan. Adalah sangat penting kami terus mendapatkan perisikan dari masyarakat terutamanya,” kata Keenan lagi.

Keenan berkata keselamatan dan badan cegah keganasan akan juga diberikan lebih banyak sumber untuk menangani ancaman keganasan di bumi tempatan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA