Australia guna satelit kawal ternakan

Australia guna satelit kawal ternakan

SYDNEY, 22 Okt – Petani Australia yang mengendali stesen lembu sebesar beberapa negara Eropah tidak lama lagi boleh mengawasi lembu dan padang rumput ternak dari angkasa lepas sebagai sebahagian daripada teknologi ‘baru,’ kata ahli sains.

Teknologi itu, dihasilkan dengan pembiayaan kerajaan dan swasta, menggunakan satelit di atas untuk mencatat berat haiwan ternakan setiap hari sementara mengawasi keadaan padang rumput ternak dalam satu tugas yang lazimnya mustahil dilakukan disebabkan saiz stesen yang besar dan lokasi terpencil.

Beberapa stesen, seperti Newcastle Waters di Wilayah Utara, menjangkau 10,000 kilometer persegi merupakan satu kawasan yang lebih besar daripada Cyprus yang menjadi tempat tinggal kepada 55,000 ekor lembu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA