Australia hulur AS$7 juta bantu mangsa taufan Fiji

Australia hulur AS$7 juta bantu mangsa taufan Fiji

SYDNEY, 29 Feb (Reuters) – Australia berkata kelmarin ia akan menderma A$10 juta (AS$7.1 juta) untuk membiayai usaha-usaha bantuan di Fiji, di mana lebih daripada 60,000 orang yang berlindung di pusat pemindahan pada lebih daripada seminggu selepas negara kepulauan Pasifik itu dilanda yang taufan terburuk.

Taufan Tropika Winston, adalah yang paling teruk pernah dicatatkan di hemisfera selatan, yang membawa kelajuan angin mencapai sehingga 325 kilometer sejam (200 mph), yang mengakibatkan kemusnahan, dan membunuh sekurang-kurangnya 42 orang, dengan angka yang boleh meningkat.

Dana diperuntukkan untuk menyediakan makanan, air bersih dan perlindungan kepada masyarakat, menjadikan kepada A$15 juta kepada bantuan Australia yang telah diberikan setakat ini, di samping pasukan pekerja bantuan kecemasan.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Fiji untuk membuat pembaikan segera keatas sekolah-sekolah, klinik perubatan, dan infrastruktur asas,” kata Menteri Luar Australia, Julie Bishop, dalam satu kenyataan.

“Kerajaan Australia juga akan terus memberikan sokongan dalam keperluan kesihatan dengan segera.”

Agensi-agensi bantuan berkata Fiji, dengan penduduknya seramai 900,000, sangat memerlukan bantuan, kerana beribu-ribu orang hidup dalam kontena atau pondok kayu di kawasan rendah. UNICEF berkata, lebih 62,000 orang kekal di 875 pusat pemindahan, dengan kira-kira 40 peratus daripada penduduk Fiji terkena secara langsung dengan Taufan Winston.

Tugas utama adalah untuk memastikan bekalan makanan dan air disampaikan kepada semua penduduk, pekerja bantuan berkata.

“Wanita dan kanak-kanak perempuan juga kekal dalam risiko masalah kesihatan dan pemakanan yang mengancam nyawa,” kata Charlie Damon, ketua pasukan tindakan kecemasan, CARE Australia, di Fiji.

ARTIKEL YANG SAMA