Australia idam kelayakan Piala Dunia

Australia idam kelayakan Piala Dunia

MELBOURNE, 8 Sept – Australia berharap untuk menempah tiket ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya secepat yang mungkin bagi membolehkan mereka memasukkan para pemain baru bagi tugasan pada masa depan, menurut jurulatih, Ange Postecoglou.

Australia yang belum pernah tewas akan menentang pasukan dari Asia Tengah, Tajikistan di Dushanbe lewat hari ini, dan kemenangan itu akan dibawa bagi menyelamatkan fasa kelayakan Asia seterusnya bagi Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Kami tahu dua perlawanan lalu di laman sendiri pada Mac lalu, kami mahu mengumpulkan sebanyak mata yang mungkin jadi kami berharap dua perlawanan tersebut boleh digunakan sebagai perkembangan seterusnya dalam permainan kami dan kemajuan dalam perlawanan kami.

“Saya pasti tidak mahu untuk memburu mata dari awal persaingan.

“Jika anda melepaskan beberapa mata seperti negara-negara lain dalam kumpulan lain, anda akan mendapati diri anda dalam kesukaran.

Jurulatih Australia Ange Postecoglou (kanan) berjabat tangan dengan pemainnya Tim Cahill (kiri) ketika merehatkan pemain itu pada perlawanan Australia menentang Korea Selatan di Stadium Australia di Sydney. – Reuters
Jurulatih Australia Ange Postecoglou (kanan) berjabat tangan dengan pemainnya Tim Cahill (kiri) ketika merehatkan pemain itu pada perlawanan Australia menentang Korea Selatan di Stadium Australia di Sydney. – Reuters

“Saya rasa dua perlawanan seterusnya masih jauh untuk meletakkan diri kami bagi kelayakan.”

Australia membenam Bangladesh 5-0 minggu lalu untuk mengungguli Kumpulan B selepas membuka persaingan mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Jun lalu.

Socceroos menghadapi persaingan sukar mereka dalam kumpulan itu bulan depan menentang Jordan, yang berada di tangga kedua dengan perbezaan jaringan di depan Krygyzstan.

Juara Asia itu meningkatkan perbatuan penerbangan kerap dan berdepan dengan beberapa cabaran dalam perjalanan, termasuk mendarat di Dushanbe hanya beberapa hari selepas bandar itu digegarkan dengan pertempuran berdarah yang membunuh anggota polis dan militan.

Perlawanan itu, akan diadakan di atas padang rumput palsu di Stadium Central Dushanbe, dilihat akan di kawal ketat tetapi Postecoglou mengetepikan sebarang ketakutan bagi keselamatan pemain.

“Apabila anda berdepan sesuatu yang baru di sana, selalu terdapat sedikit ketidakpastian di sana,” kata Postecoglou.

Postecoglu menjangka semua pemainnya akan beraksi menentang Tajikistan selepas mereka tidak terjejas dari persaingan menentang Bangladesh di Perth minggu lalu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA