Australia kaji penggunaan dron

Australia kaji penggunaan dron

CANBERRA, 10 Okt – Kerajaan Australia akan mengadakan satu kajian semula ke dalam keselamatan dron tanpa manusia seminggu selepas pihak berkuasa penerbangan negara melonggarkan peraturan mengenai penerbangan pesawat udara di ruang awam.

Diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Persekutuan Darren Chester pada hari ini, kajian semula keluar selepas reaksi juruterbang komersial terhadap keputusan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam (CASA) untuk melonggarkan peraturan lesen ke atas dron yang diterbangkan oleh orang awam.

“Kerajaan Australia adalah komited kepada peraturan yang mempromosi keselamatan rakyat, harta dan operator dron,” beritahu Chester kepada Media Fairfax hari ini.

“Di bawah peraturan baru, operator komersial masih diwajibkan untuk mendaftar dengan CASA dan menghubungi CASA di mana mereka ingin beroperasi. Hukuman berat akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan pencabulan serius mungkin dirujuk untuk pendakwaan jenayah.”

Pada minggu lalu, Persekutuan Juruterbang Udara Australia mengingatkan peraturan yang longgar hanya akan “menambah risiko pelanggaran” memandangkan juruterbang amatur digalakkan untuk “terbang di mana-mana” pada ketinggian sehingga 4,000 kaki. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA