Australia kembali sertai Majlis Keselamatan PBB

Australia kembali sertai Majlis Keselamatan PBB

SYDNEY, 30 Sept (AFP) – Australia akan berusaha menyertai semula Majlis Keselamatan PBB menjelang penghujung dekad akan datang, Menteri Luar Julie Bishop berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Bishop berkata Australia, yang penggal dua tahun terakhirnya berakhir pada Disember 2014, akan menggalakkan kerjasama antarabangsa lebih luas untuk menangani cabaran keselamatan sejagat dalam usahanya mendapatkan kerusi tidak tetap 2029-30.

Bishop memberitahu forum di New York berhubung menangani kumpulan Kerajaan Islam dan faham pelampau ganas, yang diadakan oleh Presiden AS Barack Obama, bahawa sementara pakej menyeluruh langkah cegah keganasan domestik telah diwujudkan, adalah penting untuk menumpaskan kumpulan pada sumbernya.

Dia memberitahu forum ketika menghadiri perhimpunan tahunan para pemimpin dunia bagi Perhimpunan Agung PBB bahawa usaha ISIS di Syria telah dilemahkan oleh serangan udara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Ketika penggal dua tahun terakhir Australia dalam majlis itu, Bishop berada di barisan hadapan untuk menggesa bagi penyelarasan respons sejagat terhadap ancaman para pejuang asing.

Dia juga mengetuai draf resolusi yang akan menubuhkan tribunal antarabangsa untuk menghukum mereka yang disyaki menjatuhkan pesawat udara Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine. Resolusi itu telah dihalang oleh Rusia.

Majlis Keselamatan PBB termasuklah 10 negara tidak tetap, dengan lima dilantik setiap tahun. kerusi 2029-30 adalah yang pertama tersedia yang pada masa ini tidak ada persaingan, yang memberi peluang kejayaan terbesar bagi Australia dan mengurangkan kos pembidaannya.

AS, China, Perancis, Rusia, Perancis dan United Kingdom terdiri dari lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Australia juga calon bagi Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB bagi 2018-20.

Ia menggalakkan hak wanita dan ia menggesa bagi pemansuhan sejagat hukuman mati dalam usahanya bagi mendapatkan kerusi itu.

ARTIKEL YANG SAMA