Australia kesan jerung guna satelit

Australia kesan jerung guna satelit

SYDNEY, 17 Dis – Peranti pengesan jerung digugurkan di kawasan laut pantai utara New South Wales berikutan keprihatinan mengenai serangan ke atas manusia.

Jika sebarang jerung yang sudah diletakkan peranti penanda menghampiri dalam kawasan lingkungan 500 meter dari pusat pemantauan, yang disediakan di lokasi diketahui kerap berlaku serangan jerung, amaran berjaga-jaga akan segera dihantar kepada orang awam melalui aplikasi telefon mudah alih.

Sejumlah 14 ekor jerung sudah diletakkan peranti penanda oleh pihak berkuasa Australia, tetapi sistem itu akan turut menangkap isyarat pada jerung yang diletakkan peranti penanda oleh negara-negara lain, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Dua “stesen pemantau” jerung sudah berjaya dipasang di bandar utara Teluk Byron dan Ballina, kata Menteri Perindustrian negeri, Niall Blair.

Ia adalah yang pertama dari sejumlah 20 yang bakal ditempatkan di sepajjang kawasan pantai negeri tersebut.

Selain penggunaan satelit, pihak berkuasa Australia turut meletakkan papan tanda yang mengingatkan para pengunjung mengenai kehadiran jerung di sesuatu kawasan pantai. – Reuters
Selain penggunaan satelit, pihak berkuasa Australia turut meletakkan papan tanda yang mengingatkan para pengunjung mengenai kehadiran jerung di sesuatu kawasan pantai. – Reuters

Di Pantai Lighthouse, Ballina, seorang peluncur cedera parah akibat serangan jerung pada November lepas.

Berlaku peningkatan dalam penemuan jerung di negeri itu dan sebanyak 14 serangan dilaporkan sepanjang tahun ini, dengan salah satunya mengakibatkan maut. Di seluruh negara pula, berlaku sejumlah 32 serangan setakat ini tahun ini, termasuk dua membabitkan kematian.

“Kami tahu tiada penyelesaian ke atas isu ini, tetapi stesen pengawasan ini sedikit sebanyak mampu memaklumkan rakyat mengenai keberadaan jerung,” kata Blair.

Stesen pengawasan adalah peranti berteknologi tinggi terkini yang masih dalam tempoh percubaan dengan membabitkan kos A$16 juta (AS$11.5 juta) dalam bidaan untuk mengurangkan kes serangan jerung.

Langkah yang lain termasuk menggunakan dron pengesan jerung dan jaring penghalang yang direka bentuk untuk mengurangkan impak ke atas makhluk marin lain seperti penyu dan ikan lumba-lumba. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA