Australia luaskan perundangan keselamatan

Australia luaskan perundangan keselamatan

SYDNEY, 12 Jun (Reuters) – Australia akan meluaskan tindakan ke atas kumpulan militan Islam dengan perundangan keselamatan lebih keras, peguam negara memberitahu sidang mesyuarat serantau hari ini yang bertujuan memerangi pelampau keganasan.

Australia dalam langkah berwaspada bagi serangan kumpulan radikal Islam termasuklah militan di negara itu sendiri dan telah melancarkan siri-siri serangan di bandar-bandar yang begitu ditonjolkan.

Perdana Menteri Konservatif Tony Abbott telah mendapat kuasa keselamatan baru dalam beberapa tahun kebelakangan, yang meluaskan kemampuan pengintipan domestik dan mencadangkan melucutkan kewarganegaraan dari tertuduh keganasan yang memiliki dua kewarganegaraan.

Peguam Negara George Brandis tidak menghuraikan secara khusus perundangan baru ketika ucapan beliau pada sidang mesyuarat di Sydney itu, yang dihadiri oleh wakil-wakil dari kira-kira 25 buah negara, dan juga eksekutif dari syarikat gergasi sesawang, Twitter Inc, dan Google Inc.

ARTIKEL YANG SAMA