Australia lulus undang-undang penjara semula pesalah ganas

Australia lulus undang-undang penjara semula pesalah ganas

SYDNEY, 1 Dis – Para pesalah ganas berisiko tinggi di Australia kini boleh ditempatkan di dalam penjara meskipun selepas menjalani hukuman penjara mereka, di bawah rang undang-undang yang telah diluluskan hari ini yang mengukuhkan undang-undang untuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh para pengganas.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull mempertahankan langkah itu pada Julai lalu, yang ekoran gelombang dan keterukan serangan di seluruh dunia.

Ia akan membolehkan Peguam Negara George Brandis memohon bagi lanjutan 12 bulan sebelum sesuatu hukuman itu luput.

Untuk ini berlaku, Mahkamah Tinggi akan perlu diyakinkan bahawa pesalah itu akan menimbulkan risiko melakukan kesalahan pengganasan serius yang tidak dapat diterima jika pesalah itu dibebaskan ke dalam masyarakat.

“Rang undang-undang ini mengukuhkan kemampuan agensi-agensi keselamatan kami untuk terus menahan seseorang jika mereka telah melakukan kesalahan pengganasan serius dan mereka belum menjalani pemulihan,” Menteri Keadilan Michael Keenan memberitahu parlimen.

“Kami tidak akan membiarkan mereka yang belum menjalani pemulihan dalam penjara, dibebaskan dan kemudian keluar membahayakan warga negara Australia kami.” – AFP