Australia memerlukan 22 juta kambing biri-biri

Australia memerlukan 22 juta kambing biri-biri

MELBOURNE, 6 Okt – Australia memerlukan 22 juta kambing biri-biri tambahan untuk menyaingi permintaan untuk daging kambing biri-biri, salah sebuah bank utama negara mengingatkan.

Dengan permintaan untuk kambing biri-biri di Asia dan Timur Tengah meningkat, keupayaan Australia untuk memenuhi permintaan telahpun diragui.

Dua puluh dua juta kambing biri-biri tambahan diperlukan pada tahun 2040 untuk menyaingi permintaan ekoran data haiwan ternakan yang membimbangkan pada September, kata Mark Bennett, ketua perniagaan tani untuk Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand.

Daging dan Haiwan Ternakan Australia mendedahkan pada bulan lalu bahawa kemarau di seluruh negara telahpun memberi kesan yang teruk ke atas jumlah kambing biri-biri Australia. Di antara tahun 2013 dan 2015, jumlah kambing biri-biri di Australia Barat mengecut sebanyak 20 peratus di barat daya negara dan 31-41 peratus di utara dan timur.

Dalam tempoh masa yang sama, penghasilan daging kambing biri-biri di New South Wales dan Queensland merosot sebanyak 41 peratus. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA