Australia meratifikasi pakatan iklim

Australia meratifikasi pakatan iklim

SYDNEY, 10 Nov – Australia mengesahkan perjanjian iklim Paris hari ini, di tengah kebimbangan Presiden dipilih AS, Donald Trump akan menunaikan janjinya untuk ‘membatalkan’ perjanjian yang bertujuan mengatasi pemanasan global.

Lebih daripada 100 negara yang mewakili 70 peratus daripada pengeluaran gas rumah hijau telah memeterai Perjanjian Paris, perjanjian iklim sejagat pertama dunia, yang berkuat kuasa pada awal November.

Kelulusan perjanjian tersebut oleh Australia ditangguhkan oleh pilihan raya negara pada Julai dan pengumumannya pada hari ini keluar sebelum kunjungan menteri luar dan alam sekitar negara untuk menghadiri rundingan iklim PBB di Marrakesh.

“Pengesahan perjanjian mengesahkan sasaran Australia untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 26-28 peratus di bawah tahap 2005 pada tahun 2030,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull dalam satu kenyataan bersama dengan dua menteri.

Seorang lelaki yang memberi namanya Ken membaca akhbar yang memaparkan Donald Trump, di Sydney pada 10 November, berikutan pilihan raya presiden AS. Malcolm Turnbull berkata negaranya akan bekerjasama ‘serapat mungkin’ bersama AS di bawah pentadbiran baru Donald Trump. – AP
Seorang lelaki yang memberi namanya Ken membaca akhbar yang memaparkan Donald Trump, di Sydney pada 10 November, berikutan pilihan raya presiden AS. Malcolm Turnbull berkata negaranya akan bekerjasama ‘serapat mungkin’ bersama AS di bawah pentadbiran baru Donald Trump. – AP

“Kami dijangka memenuhi dan mengatasi sasaran 2020 kami dan kami adalah komited untuk memenuhi sasaran 2030 kami di bawah perjanjian tersebut.”

“Dengan penggunaan tenaga yang berasaskan arang batu dan jumlah penduduk yang kecil seramai 24 juta, Australia dianggap salah sebuah negara pencemar gas rumah hijau per kapita paling teruk di dunia.

Apabila ditanya sama ada Canberra akan mengikut Amerika Syarikat jika ia keluar daripada perjanjian, perdana menteri menekankan komitmen Australia terhadap perjanjian ‘bersejarah itu’.

“Kami telah mengesahkan perjanjian. Ia akan mengambil masa empat tahun untuk menarik diri – jika sebuah negara berusaha menarik diri daripada perjanjian, ia akan mengambil masa empat tahun,” beritahunya kepada wartawan. – AFP