Australia nasihat China kurang pembinaan pulau

Australia nasihat China kurang pembinaan pulau

SYDNEY, 22 Sept (AFP) – Perdana Menteri Australia yang baru dilantik Malcolm Turnbull menasihatkan China mengurangkan pembinaan pulau di Laut China Selatan jika ia mahu mengurangkan kehadiran Amerika Syarikat (AS) di rantau itu.

Beijing menuntut hampir keseluruhan laut itu dan dalam tempoh tahun lalu telah menukar terumbu menjadi kepulauan buatan, dengan kemudahan ketenteraan, yang mencetuskan kebimbangan kerap dan amaran dari Washington.

“Jelas wujud ketegangan dengan kepulauan di Laut China Selatan, terumbu yang seharusnya saya katakan, beting,” Turnbull memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia lewat semalam.

“China lebih baik dinasihati, terus terang dalam kepentingannya sendiri, dan tidak keterlaluan di sana,” Turnbull berkata dalam satu temu bual seminggu selepas beliau mengambil alih pucuk pimpinan dalam rampasan kuasa dalaman parti Liberal.

Turnbull menegaskan Australia menikmati ‘hubungan sangat baik’ dengan China, tetapi menyifatkan dasar luar Laut China Selatan Beijing sebagai ‘tidak produktif’

“Kini akibat dari pembinaan pulau dan kesemua kegiatan di Laut China Selatan ialah negara-negara lebih kecil di sekitar kawasan itu beralih kepada AS lebih lagi, dari yang sebelumnya.”

Taiwan, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei, kesemuanya telah menuntut perairan itu, yang menggabungkan laluan perkapalan strategik dan mungkin mempunyai mendapan minyak dan gas.

ARTIKEL YANG SAMA