Australia perlu ‘tingkat permainan’ bantu pelarian

Australia perlu ‘tingkat permainan’ bantu pelarian

SYDNEY, 24 Feb (AFP) – Kumpulan Hak Asasi Kemanusiaan, Pengampunan Antarabangsa ‘Amnesty International’, kelmarin membidas Australia kerana layanannya ke atas para pencari suaka di kem terpencil di Pasifik, dengan pada itu, ia juga menggesa Canberra ‘tingkatkan permainannya’ dalam membantu mengurangkan krisis orang pelarian antarabangsa.

Australia menghantar para pencari suaka yang cuba tiba dengan menaiki bot ke kem di Papua New Guinea dan Nauru, dan menyekat mereka dari menetap di Australia meskipun jika mereka didapati orang pelarian. Amnesty berkata kebimbangan utama ialah tempoh masa para pencari suaka yang ditahan di kem-kem itu ketika permohonan pelarian mereka diproses.

Canberra telah lama mempertahankan dasarnya yang menolak penempatan para pencari suaka di Australia, dengan mengatakan dasar itu telah menghalang kematian di laut dan melindungi sempadan negara itu. Tetapi kumpulan hak asasi mengkritik keadaan di kem – kem itu, manakala Suruhanjaya Hak Kemanusiaan yang dibiayai kerajaan telah mendapati kanak – kanak yang tinggal di pusat Nauru mengalami tahap tinggi masalah mental.

Laporan Amnesty itu dibuat di tengah bantahan di seluruh negara berhubung penghantaran pulang yang dijangkakan ke Nauru. 267 orang pencari suaka telah dibawa ke Australia bersama keluarga mereka bagi rawatan perubatan. Kumpulan itu termasuklah 37 orang anak damit yang lahir di Australia dan 54 orang lagi kanak-kanak lain, menurut penyokong pelarian.

ARTIKEL YANG SAMA