Australia, PNG setuju tutup kem imigresen

Australia, PNG setuju tutup kem imigresen

SYDNEY, 17 Ogos – Australia bersetuju hari ini untuk menutup sebuah kem bagi pencari perlindungan di Papua New Guinea, salah satu daripada dua buah pusat pulau Pasifik yang kontroversi dan mencetus kritikan berterusan, namun berkata tiada daripada ratusan mereka itu akan ditempatkan semula di tanah airnya.

Dasar Canberra untuk menghantar pencari perlindungan yang tiba menggunakan bot ke kota kara Papua New Guinea dan negeri kecil Pasifik, Nauru telah mengakibatkan huru-hara pada April apabila sebuah mahkamah PNG mengarahkan pusat Pulau Manus ditutup.

“Kedua-duanya, Papua New Guinea dan Australia dalam persetujuan yang pusat itu akan ditutup,” kata Perdana Menteri PNG, Peter O’Neill berkata dalam satu kenyataan berikutan rundingan dengan Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton di Port Moresby.

“Ia adalah penting yang proses ini tidak dilakukan secara tergesa-gesa namun dijalankan dalam keadaan sopan.”

Canberra berada dalam keadaan tertekan untuk menutup kemudahan Manus yang dibiayai Australia, yang mana pada 30 Jun telah menahan 854 orang, berikutan perintah Mahkamah Agung PNG yang mengumumkan bahawa menahan orang di sana adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Pusat itu menjadi tumpuan minggu ini selepas media Australia menyiarkan imej grafik mengenai dua lelaki Afghanistan berlumuran darah yang dipercayai telah diserang menggunakan batang besi oleh penduduk tempatan di Manus.

Kerajaan juga berdepan kritikan tentang penderitaan kira-kira 442 pencari perlindungan di Nauru, selepas ribuan laporan insiden bocor minggu lepas yang memperincikan tuduhan penderaan berleluasa termasuk kanak-kanak yang ingin membunuh diri mereka sendiri.

“Hari ini kami mengumumkan…penutupan pusat tahanan Pulau Manus dan ia adalah keputusan yang sangat bagus,” Dutton memberitahu Sky News, tanpa menyatakan rangka masanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA