Australia raih dua emas kejohanan renang

Australia raih dua emas kejohanan renang

KAZAN, Rusia, 5 Ogos (AFP) – Katie Ledecky dari AS melakarkan sejarah renang pada kejohanan dunia sekali lagi semalam selepas tiga rekod dicatatkan sementara Australia memenangi dua pingat emas dalam acara kuak lentang.

Ledecky membuktikan statusnya sebagai bintang renang Kazan dengan memecahkan rekodnya sendiri dalam acara gaya bebas 1500m pada final semalam, kemudian layak bagi gaya bebas 200m hari ini kurang daripada 30 minit kemudian.

Dia mungkin baru saja menamatkan pengajian Sekolah Tinggi di Maryland, tetapi Ledecky memecahkan rekod dunia bagi kali kesembilan dalam tempoh dua tahun apabila mengurangkan 2.23saat daripada catatan terbaik peribadinya 1500m dengan 15 minit, 25.48 saat.

“Hari ini hari sukar bagi saya. Saya tahu saya akan memiliki kejayaan berganda ini dan bersedia untuknya,” katanya setelah memecahkan rekod 1500m pada peringkat saringan Isnin lalu. “Ia menyakitkan, tetapi saya melaksanakan tugasan itu dan ia dirasakan bagus sekarang.”

Penguasaan Ledecky hadir selepas Cameron van der Burgh dari Afrika Selatan memecahkan rekod kuak dada 50m bagi acara saringan sebelah pagi, yang hanya menyaksikan Adam Peatsy dari Britain mencatatkan rekod baru 26.42saat pada malam separuh akhir.

Ia menjanjikan satu lagi persaingan sengit kuak dada antara kedua-dua perenang dalam final 50m hari ini ketika Van der Burgh mencatatkan 26.74saat dalam separuh akhir.

“Ia akan menjadi persaingan bagus antara saya dan Cam seperti selalu. Kami mempamerkan persembahan yang bagus saya fikir,” janji Peaty, yang menewaskan peserta dari Afrika Selatan itu dalam acara final 100m Isnin lalu.

Kejutan terbesar pada pertandingan malam itu adalah kemenangan mengejut James Guys dalam acara gaya bebas 200m selepas perenang dari Britain itu menewaskan Sun Yang dari China yang menyaksikan perenang berusia 19 tahun itu mengatasi nama-nama besar.

ARTIKEL YANG SAMA