Australia rampas 71 tan tembakau seludup

Australia rampas 71 tan tembakau seludup

SYDNEY, 16 Okt (dpa) – Sekitar 71 tan tembakau haram telah dirampas setelah diseludup masuk ke Australia, menurut kerajaan hari ini.

Daun tembakau tersebut telah diangkut menggunakan kapal dari Indonesia mungkin bernilai Aus$40 juta (AS$29 juta) jika dijual di pasaran gelap, kata Menteri Imigresen, Peter Dutton dalam satu kenyataan.

Rampasan itu boleh menjana kira-kira Aus$27 juta Australia dalam hasil cukai jika ia telah diimport melalui saluran sah, kata Dutton.

“Terdapatnya rangkaian jelas dengan jenayah terancang dan kami tahu yang kumpulan itu menyeludup tembakau haram masuk ke Australia juga terlibat dalam kegiatan haram lain seperti narkotik,” kata Dutton.

Rampasan Sydney itu diikuti satu pengumuman kelmarin mengenai satu penyekatan di Melbourne yang mendapati 5.9 juta pakej rokok haram dari Emiriah Arab Bersatu.

ARTIKEL YANG SAMA