Australia rancang kaji enam agensi perisikan

Australia rancang kaji enam agensi perisikan

CANBERRA, 19 Sept – Kerajaan Australia dijangka membuat kajian besar ke atas enam agensi perisikan negara sebagai respons kepada perubahan wajah pengganasan dan juga ancaman meningkat yang diperlihatkan oleh pengintipan siber.

Selepas bencana banci online Australia yang mana penggodam asing dapat menutup tinjauan kebangsaan online pertama negara itu, Perdana Menteri Malcolm Turnbull dilaporkan mengarahkan kajian besar perisikan pertama sejak 2011.

Seorang jurucakap bagi perdana menteri memberitahu Media Fairfax bahawa enam agensi negara itu, Perkhidmatan Perisikan Rahsia Australia (ASIS), Pertubuhan Perisikan Rahsia Australia (ASIO), Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA), Pertubuhan Perisikan Pertahanan, Pertubuhan Geospatial Australia dan Australian Signals Directorate, yang dikaji dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut jurucakap itu kajian itu adalah dalam respons kepada era baru keselamatan kebangsaan.

“Kami sedang mengusahakan cadangan bagi kajian berkala dan butiran yang terlibat. Adalah dijangkakan bahawa pertimbangan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu,” menurut jurucakap itu.

Ekoran berita tentang kajian itu, Tobias Feakin, pakar keselamatan kebangsaan dari Institusi Dasar Strategik Australia, memberitahu Perbadanan penyiaran Australia (ABC) ia adalah ‘sentiasa dasar yang kukuh’ untuk mengkaji fungsi-fungsi mana-mana agensi perisikan.

Pakar perisikan di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) John Blaxland berkata ancaman meningkat yang diperlihatkan oleh pengganas ‘bersendirian’ dan wajah jenayah siber yang berubah-ubah bermakna adalah penting untuk terus di atas landskap keselamatan kebangsaan.

“Dunia terus berubah dan sementara kita menyangka Perang Dingin telah berakhir dan perisikan lama dan kebimbangan telah jauh kita tinggalkan, nampaknya ia kembali. Maka kebimbangan tentang pengintipan kuasa besar adalah kembali,” Blaxland memberitahu Fairfax. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA