Australia rancang lindungi burung ‘rantau jauh’

Australia rancang lindungi burung ‘rantau jauh’

SYDNEY, 8 April (AFP) – Haiwan berkenaan adalah kumpulan antarabangsa yang datang ke Australia setiap tahun untuk berehat dan makan, tetapi burung-burung berhijrah ini berdepan perjalanan yang berbahaya, menurut para pegawai hari ini ketika mereka melancarkan rancangan untuk membantu melindungi mereka.

Pelancong berbulu ini seperti burung kedidi kelabu, burung kedidi biasa dan burung kedidi dian kecil menghabiskan beberapa bulan setiap tahun di Australia selepas musim pembiakan mereka di hemisfera utara, membuat perjalanan beribu-ribu kilometer untuk datang ke sini.

“Burung pantai seperti burung kedidi bar-tailed betina serupa dengan perjalanan jauh Airbus A380,” Menteri Persekitaran Greg Hunt berkata dalam satu kenyataan.

“Tetapi ciri-ciri penghijrahan berbahaya, yang mana burung-burung menyeberangi banyak sempadan kebangsaan, bererti burung-burung pantai ini berdepan banyak ancaman.

Hunt berkata rancangan baru, yang dibentuk untuk melindungi kira-kira 35 spesis, menyedari sebilangan penduduk burung ini berkurangan.

“Semakin perlu untuk mengurangkan ancaman kepada habitat mereka,” katanya, dengan menambah kata bahawa ini penting bagi kehidupan berterusan burung-burung ini.

Pantai dan tanah lembap air tawar Australia adalah zon berehat dan makan bagi burung-burung pantai yang berhijrah, dengan sebilangan mereka membuat perjalanan sehingga 11,500 kilometer tanpa henti untuk menuju selatan.

Ramai yang membuat perjalanan di sepanjang perjalanan penghijrahan Asia Timur-Australasia yang jauhnya dari tempat pembiakan di tundra Rusia, Mongolia dan selatan Alaska melalui Asia menuju kawasan bukan pembiakan di Indonesia, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand.

Hunt berkata kerjasama antara negara-negara diperlukan untuk melindungi burung-burung ini dan Rancangan Pemuliharaan Hidupan Liar bagi Burung-burung Pantai yang berhijrah memberikan asas bagi ini.

Dia berkata “rancangan ini menjadi panduan rundingan dua hala kami dengan Jepun, China dan Republik Korea tentang bagaimana ancaman kepada burung-burung pantai yang berhijrah di rantau Laut Kuning boleh ditangani dengan bantuan masyarakat tempatan.”

ARTIKEL YANG SAMA