Australia sambut baik keputusan PBB

Australia sambut baik keputusan PBB

SYDNEY, 2 Julai (AFP) – Australia hari ini mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan Terumbu Sawar Besar daripada senarai ancaman sebagai “amat penting,” tetapi aktivis mengingatkan lebih banyak yang mesti dilakukan untuk mempertingkat keadaan taman marin itu.

Ekosistem terumbu karang terbesar dunia, yang telah memiliki status Tapak Warisan Dunia sejak 1981, telah menerima ancaman meningkat daripada perubahan iklim, kesan sampingan perladangan, pembangunan dan tapak sulaiman yang memakan batu karang.

“Ia adalah satu keputusan besar,” beritahu Menteri Alam Sekitar Greg Hunt kepada Australian Broadcasting Corporation dari Jerman, di mana UNESCO membuat keputusannya lewat semalam.

“Apa yang kami ada sekarang adalah sokongan sebulat suara terhadap terumbu, sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Australia.”

Keputusan oleh Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan melihat terumbu – satu tarikan pelancong utama di luar pantai Queensland – masih diletak di bawah pengawasan tetapi tidak disenaraikan sebagai terancam.

Australia diwajibkan melaporkan semula kepada PBB mengenai perkembangannya dalam pelaksanaan pelan “Terumbu 2050” pada 1 Disember 2016. Pelan itu menggaris kasar wawasan kerajaan untuk mempertingkat keadaan terumbu dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA