Australia sekat China daripada beli rangkaian elektrik

Australia sekat China daripada beli rangkaian elektrik

SYDNEY, 11 Ogos – Australia tidak akan membenarkan rangkaian elektrik di negeri yang mempunyai paling ramai penduduk untuk dijual kepada pembida China dan Hong Kong, kata Perbendaharaan Scott Morrison hari ini, memetik isu keselamatan negara.

Keputusan itu diambil beberapa bulan selepas kerajaan memperkenalkan peraturan yang lebih ketat untuk penjualan infrastruktur milik kerajaan Australia kepada pelabur asing persendirian selepas kebimbangan mengenai pajakan 99 tahun untuk Pelabuhan Darwin kepada Kumpulan Landbridge China.

Canberra juga menangguhkan penjualan pemilik tanah swasta terbesar negara baru-baru ini, firma ternakan lembu S. Kidman and Co., kepada sebuah konsortium pimpinan China, memetik kepentingan negara.

State Grid Corp di China dan Cheung Kong Infrastructure Holdings di Hong Kong telah membida pajakan 99 tahun untuk rangkaian elektrik terbesar negara, Ausgrid, dengan penjualan dijangka mengumpul lebih daripada Aus$10 bilion untuk kerajaan negeri New South Wales, menurut beberapa anggaran.

Namun Morrison berkata beliau memberitahu pembida bahawa cadangan mereka untuk mendapatkan 50.4 peratus saham dalam Ausgrid, yang membekal tenaga kepada lebih daripada 1.6 juta rumah dan perniagaan, adalah “bertentangan dengan kepentingan negara.”

“Rangka tindakan Ausgrid termasuk perkhidmatan tenaga kritikal dan komunikasi yang disediakan oleh Ausgrid,” beritahu Morrison kepada wartawan di Brisbane.

“Isu keselamatan negara bukannya khusus untuk negara dan berkaitan dengan struktur urus niaga dan ciri-ciri aset.

“Pada peringkat ini, kerajaan masih belum mengenal pasti pengurangan yang akan mengatasi isu berkenaan.”

Grid tenaga negeri Australia Selatan adalah 51 peratus dimiliki oleh Cheung Kong Infrastructure Holdings dan Power Assets Holdings milik jutawan Hong Kong Li Ka-shing. State Grid Corp juga mempunyai pelaburan dalam infrastruktur tenaga di Capital Territory, Queensland, Australia Selatan dan Vicotoria. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA