Australia sekat kewangan perekrut ISIL

Australia sekat kewangan perekrut ISIL

SYDNEY, 4 Jun (AFP) – Australia hari ini mendedahkan sekatan kewangan baru ke atas salah seorang warganegaranya yang dikatakan pembekal tertinggi anggota bagi kumpulan militan Kerajaan Islam (IS), Menteri Luar Julie Bishop berkata, meningkatkan tindakan ke atas kegiatan militan.

Australia dalam langkah amat berjaga-jaga bagi serangan orang radikal atau oleh militan tempatan yang pulang dari pertempuran di Timur Tengah, dan menaikkan peringkat ancamannya kepada ‘tinggi’ dan melaksanakan siri-siri serbuan yang begitu ditonjolkan di bandar-bandar besar.

Neil Prakash, kelahiran Melbourne adalah warga Australia ketiga yang asetnya telah dibekukan oleh kerajaan kerana keanggotaannya dalam kumpulan radikal Sunni, yang telah merampas kawasan luas di Iraq dan Syria.

Prakash, yang dipercayai telah berpindah ke Syria tahun lalu, menyertai dua orang warga Australia yang menjadi pejuang Kerajaan Islam yang telah tersenarai, iaitu Mohamed Elomar dan Khaled Sharrouf, yang muncul dalam imej tahun lalu dia sedang memegang kepala tentera Syria yang dipenggal.

“Prakash berhasrat melaksanakan tindakan ganas pengganas, termasuklah di Australia,” kata Bishop dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA