Australia sertai kuasa dunia batal sekatan ke atas Iran

Australia sertai kuasa dunia batal sekatan ke atas Iran

SYDNEY, 2 Mac (Reuters) – Australia mengikut kuasa dunia utama dengan membatalkan sekatan ke atas Iran hari ini, selepas pengesahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Tehran telah mengambil langkah yang diwajibkan untuk mengawal program nuklearnya. Di bawah perubahan yang diumumkan oleh kerajaan Australia, perniagaan tidak perlu mendapatkan kelulusan untuk urus niaga berjumlah lebih daripada A$20,000 yang membabitkan entiti dari Iran. Sementara Australia telah menggantung beberapa sekatan yang dikenakan ke atas Iran pada 2008 disebabkan program nuklear Republik Islam itu, beberapa sekatan bukan nuklear masih berkuat kuasa, kata Jabatan Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan (DFAT) dalam satu kenyataan.

Sekatan yang masih berkuat kuasa ke atas Iran termasuk sekatan ke atas pemindahan barangan sensitif, sekatan senjata dan peluru berpandu balistik dan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti tertentu. Pemerhati anti-penggelapan wang Australia AUSTRAC menjangka entiti yang dilaporkan supaya meneliti kesemua bayaran yang dihantar menerusi negara parti ketiga ke Iran atau Korea Utara, yang juga tertakluk kepada sekatan disebabkan program nuklearnya.

ARTIKEL YANG SAMA