Australia siasat kemalangan kereta golf

Australia siasat kemalangan kereta golf

SYDNEY, 10 Mac (NNN) – Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat ‘insiden lalu lintas yang serius’ yang melibatkan sebuah bugi golf (kereta golf) di destinasi pelancongan, Pulau Hamilton, selepas tiga orang mengalami kecederaan yang serius dan telah diterbangkan ke hospital berdekatan.

Pulau Hamilton, sebuah destinasi popular bagi pelancong-pelancong tempatan dan antarabangsa, adalah pulau terbesar didiami dalam rantaian Pulau Whitsunday yang terkenal dengan tebing karang yang besar di Australia, iaitu kira-kira 887 kilometer ke utara Brisbane.

Polis negeri Queensland (QLD) dalam satu kenyataannya hari ini berkata bugi golf membawa lapan penumpang, iaitu lima orang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua anak damit telah merempuh bugi golf yang tidak bergerak di pulau pelancongan pada awal pagi itu.

Seorang anak damit telah dibawa ke hospital asas Townsville, telah mengalami keretakan kepala dan patah kaki dengan seorang wanita dipercayai ibunya, manakala dua lagi, seorang wanita berusia 35 tahun dan seorang lelaki berusia 67 tahun itu telah diterbangkan ke hospital Mackay, mengalami kecederaan di muka dan kaki.

Penumpang selebihnya yang mengalami kecederaan itu telah dipindahkan di kawasan setempat, media tempatan melaporkan. Manakala seorang saksi yang melihat kemalangan itu telah dirawat akibat kekejutan.

“Unit Kemalangan Forensik sedang menyiasat kejadian itu,” kata polis QLD dalam satu kenyataan.

Ia tidak mengesahkan sama ada pemandu itu memandu melebihi had laju atau dalam keadaan pengaruh alkohol semasa kejadian itu berlaku.

Kereta golf adalah pengangkutan utama di pulau itu dan pemandu diharuskan untuk memegang lesen sah.

ARTIKEL YANG SAMA