Australia temui spesies labah-labah baru

Australia temui spesies labah-labah baru

SYDNEY, 9 Sept- Ahli sains Australia telah menemui apa yang mungkin merupakan spesies baru labah-labah sarang corong, setelah menemui satu spesimen besar tinggal di taman negara.

Labah-labah 50-milimeter yang ditemui di Taman Negara Booderee berhampiran Teluk Jervis di selatan Sydney itu dipercayai berasal daripada Hadronyche genus, yang biasanya tinggal di pokok.

Sehingga sekarang, hanya labah-labah sarang corong Sydney, Atrax genus yang tinggal di tanah dan salah satu yang paling berbisa di dunia, telah ditemui tinggal di taman itu.

“Adalah luar biasa kami telah menemui ini di Taman Negara Booderee,” kata ahli biologi Universiti Nasional Australia Thomas Wallenius.

“Ia menunjukkan kami masih mempunyai banyak untuk dipelajari mengenai apa yang ada di luar sana dalam belukar.

“Ia mungkin merupakan satu spesies labah-labah sarang corong baru.”

Labah-labah sarang corong ditakuti di Australia, di mana terdapat 13 kematian yang dicatat akibat gigitan walaupun tidak ada yang ditemui sejak penghasilan anti-bisa pada awal 1980. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA