Australia teruskan pelan menerima pelarian Syria

Australia teruskan pelan menerima pelarian Syria

SYDNEY, 23 Nov (dpa) – Australia akan meneruskan dengan pelan mereka untuk menerima 12,000 pelarian Syria, kata kerajaan hari ini, meskipun menerima tekanan untuk meninggalkannya daripada sayap kanan parti pemerintahnya sendiri.

Menteri Keadilan Michael Keenan, yang bertanggungjawab terhadap dasar cegah keganasan, berkata terdapatnya pemeriksaan menyeluruh dilancarkan ke atas pengganas yang menyamar sebagai pelarian.

“Menerima 12,000 orang dari Syria adalah perkara yang betul dilakukan beberapa bulan lalu dan ia masih perkara yang betul dilakukan hari ini,” kata Keenan di Sky TV.

“Kami melakukan sedaya upaya untuk memberikan penilaian risiko yang wajar dan memastikan tidak ada sesiapa yang masuk akan menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara kami.”

Awal hari ini, Senator Cory Bernardi, konservatif dari Australia Selatan yang ingin burqa diharamkan di tempat awam, berkata di ABC TV bahawa pengganas mungkin cuba dan memasuki Australia menyamar sebagai pelarian.

“Kami mempunyai elemen pelampau beroperasi di negara ini. Kenapakah kami mahu menghadapi risiko dengan menerima lebih ramai pelarian dan menanggung bebanan kewangan dan sosial yang datang bersamanya?” kata Bernardi.

Lima pelarian pertama daripada kemasukan khas tiba di Perth pada minggu lalu dan lebih ramai lagi dijangka tiba di pantai timur sebelum Krismas. Kebanyakan mereka akan tiba pada tahun 2016, kata Keenan.

Seramai 12,000 orang dari Syria akan memasuki Australia daripada hampir 14,000 pelarian, lapor ABC.

ARTIKEL YANG SAMA