Australia tingkat keselamatan cegah keganasan

Australia tingkat keselamatan cegah keganasan

CANBERRA, 14 Sept – Pakar-pakar keselamatan Australia bimbang kejatuhan Kumpulan Islam (IS) yang tidak dapat dielakkan boleh membawa kepada cubaan pengembalian sehingga 100 pejuang jihad Australia yang berjuang di Syria dan Iraq.

Pakar-pakar keganasan percaya para pejuang jihad Australia boleh menggunakan kemahiran gempur yang diperolehi di luar negara untuk merancang kegiatan pengganas kembali ke tanah air dan dengan kumpulan campuran semakin mantap mengatasi IS, kumpulan ini boleh menyaksikan pemergian beramai-ramai pejuang-pejuang asing jika mereka merasakan mereka tewas dalam pertempuran.

Dengan serangan udara membawa kepada kehilangan banyak wilayah bagi IS di Timur Tengah. Rodger Shanahan dari Institusi Dasar Luar Lowy memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) tindakan cega pengganasan Australia dan badan-badan imigresen perlu menyedari percubaan pejuang-pejuang asing yang cuba untuk kembali ke ‘tanah air’.

“Sebilangan mereka akan cuba kembali ke Australia, kata Shanahan hari ini.

‘Apa niat mereka apabila mereka kembali ke Australia akan menjadi satu lagi perkara yang akan memerlukan pemikiran agensi keselamatan.” – Xinhua

Shanahan berkata akan terutamanya berbahaya jika pejuang-pejuang jihad ini dapat mencari jalan pulang ke Australia, kerana kemahiran yang mereka perolehi ketika berada di Timur Tengah boleh digunakan ke atas warganegara Australia dan tempat bersejarah.

“Para pejuang jihad telah memperoleh kemampuan untuk merancang, kesedaran tentang keselamatan beroperasi.” – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA