Australia, Ukraine meterai perjanjian eksport uranium

Australia, Ukraine meterai perjanjian eksport uranium

SYDNEY, 1 Apr (AFP) – Menteri Luar Australia Julie Bishop mengumumkan hari ini satu perjanjian untuk mengeksport uranium ke Ukraine, yang mungkin membantu mengurangkan kebergantungan Kiev kepada negara jiran Rusia untuk minyak.

Ukraine sebelumnya telah menyatakan minat untuk membeli bahan tersebut, serta arang batu, dari Australia, pengeluar uranium ranking ketiga di dunia di belakang Kazakhstan dan Kanada.

“Perjanjian ini memberikan Ukraine dengan peluang untuk mempelbagaikan bekalan tenaganya,” kata Bishop, yang berada di Washington untuk sidang kemuncak keselamatan nuklear mengenai pengurangan simpanan stok, dalam satu kenyataan.

“Semua eksport uranium Australia akan tertakluk kepada standard keselamatan dan akan dikawal ketat untuk memastikan bahan nuklear Australia hanya digunakan untuk tujuan aman.”

Di bawah perjanjian itu, penggunaan bahan nuklear Australia untuk penghasilan senjata atau alat letupan adalah dilarang, tambah Bishop.

Penjualan ke Ukraine, penandatangan Perjanjian Pengawalan Nuklear, juga akan merangsang hubungan di antara kedua-dua negara dalam aktiviti lain berkaitan nuklear seperti perlindungan, keselamatan dan sains, kata menteri.

ARTIKEL YANG SAMA