Austria bakal...

Austria bakal saman Airbus atas dakwaan korupsi

VIENNA, 16 Feb – Kementerian pertahanan Austria akan menyaman syarikat Eropah Airbus berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan penjualan jet pejuang Euro bernilai $2 bilion, kata seorang pegawai hari ini.

Perjanjian pertahanan terbesar negara itu telah dibelenggu oleh skandal sejak dari awal.

“Kami akan memfail tindakan guaman ke atas Airbus,” beritahu jurucakap kementerian pertahanan Michael Bauer kepada AFP.

Beliau berkata hasil dapatan siasatan kerajaan dalam perjanjian 2003 bernilai kira-kira 2 bilion euro akan dikemukakan pada lewat pagi ini.

Austria pada mulanya menempah 24 buah jet tetapi kemudiannya mengurangkan jumlah tersebut kepada 18 dan seterusnya 15.

Menurut Agensi Akhbar Austria, siasatan mendapati Airbus telah memperdaya Austria dan menambah harga jualan.

Pendakwa raya di Vienna dan selatan bandar Jerman Munich juga telah menyiasat sama ada pegawai dibayar berjuta-juta euro menerusi firma penasihat untuk mendapatkan kontrak tersebut.

Keputusan awal untuk meneruskan dengan pembelian mahal telah pun dibuat pada 2000, apabila pihak konservatif menyertai kerajaan gabungan bersama Parti Rakyat.

Namun sejurus selepas kontrak ditandatangani, dakwaan mulai tersebar mengatakan ahli politik dan orang lain yang terbabit dalam perjanjian sedang menerima wang sogokan. – AFP