AV Group lancar model Kata

AV Group lancar model Kata

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Audio & Video Group (AV Group) hari ini melancarkan telefon pintar baru berjenama Kata dari Amerika Syarikat yang merupakan salah satu jenama saingan baru dalam industri telefon pintar mudah alih.

Empat buah telefon pintar jenis phablet iaitu T4, i3 LTE, M2 LTE dan Box kini boleh didapati di cawangan AV Group di The Mall, Gadong, menurut Pengarah Urusan AV Group, Tan Jun Wei Benny semasa melancarkan telefon itu.

Antara model itu, i3 LTE dan M2 LTE merupakan model berprestasi tinggi dengan skrin berukuran 5.5 inci beresolusi Super HD 1280×720 piksel menggunakan teknologi IPS LCD. Ia mampu menampilkan tayangan berkualiti tinggi, sesuai untuk menonton video dan ‘gaming’. Kata i3 LTE dikuasakan Quad Core dengan kepantasan 1.3GHz dan cipset dari Media Tek digabungkan dengan RAM berkapasiti 1GB serta memori dalaman 16GB dan slot MicroSD sehingga 32GB.

Ia menggunakan platform OS Android 4.2 Jelly Bean dan bateri 2250 mAh yang mampu bertahan dua hari dalam mod siap sedia dengan waktu berbual selama tujuh jam.

Tan Jun Wei Benny semasa memperkenalkan telefon pintar phablet berjenama Kata di AV Group.
Tan Jun Wei Benny semasa memperkenalkan telefon pintar phablet berjenama Kata di AV Group.
Model Kata T4, Kata i3 LTE, Kata M2 LTE dan Kata Box.
Model Kata T4, Kata i3 LTE, Kata M2 LTE dan Kata Box.

Beliau turut menekankan bahawa model M2 LTE merupakan telefon pintar berprestasi tinggi dilengkapi dengan kamera 13MP dan mempunyai fungsi autofokus LED Flash dan kamera depan 5MP tersedia untuk gambar ‘selfie.’

Ia mempunyai saiz paparan 5.5 inci dengan resolusi 720 HD bersamaan 1280×720 piksel. Ia juga mampu menghasilkan gambar berkualiti menggunakan teknologi IPS daripada platform OS Android 4.4 KitKat.

Dari segi unit pemprosesannya pula, M2 dilengkapi CPU Quad Core ARM Cortex A7 berkepantasan 1.3 GHz dan diimbangi dengan cipset dari Media Teka dan memori 1GB. Bagi storan, ia sama dengan i3. Menurut Tan Jun Wei lagi, bagi model Kata Box pula, ia lebih kepada telefon pintar untuk hiburan yang dimuatkan dengan Mali 450 dan Amlogic S805, dengan pemproses Quad Core 1.5 GHz menggunakan platform Android 4.4 KitKat.

ARTIKEL YANG SAMA