AVB digantung enam perlawanan

AVB digantung enam perlawanan

MOSCOW, 4 Sept (AFP) – Kerjaya Andre Villas-Boas sebagai pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak antarabangsa berdepan kemelut dan ramai pemerhati menyatakan masa depan beliau semakin pudar.

Ini kerana pengurus pasukan juara liga Rusia, Zenit St Petersburg itu digantung enam perlawanan apabila panel disiplin Rusia Football Union (RFU) menyatakan dia bersalah mengasari pengadil pada perlawanan Khamis lalu.

Andre yang pernah menjadi pengendali pasukan Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur itu mengasari pengadil simpanan ketika perlawanan Zenit menentang Samara yang berkesudahan Zenit kalah 3-1.

Andre ketika ditemui media enggan mengulas mengenai keputusan itu tetapi ketua panel disiplin RFU, Artur Grigoryants, berkata pengendali itu mengemukakan permohonan maaf atas tindakannya.

Villas-Boas digantung enam perlawanan kerana mengasari pengadil. – AFP
Villas-Boas digantung enam perlawanan kerana mengasari pengadil. – AFP

“Andre (Villas-Boas) memohon maaf kepada pengadil. Beliau mengakui hilang tumpuan ketika itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Grigoryants mencadangkan penggantungan Andre itu tidak berkuasa kuasa serta merta dan memberikan peluang kepada Andre menghabiskan dua perlawanan lagi.

Kelab Zenit St Petersburg turut berkongsi kebimbangan mereka mengenai penggantungan pengendali utama pasukan mereka. Kenyataan kelab itu menyatakan penggantungan Andre adalah suatu masalah yang serius.

“Kelab akan mengumumkan keputusan mengenai kes itu selepas perbincangan dengan ketua jurulatih,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA