Avon pindah ibu pejabat ke Britain, kurang 2,500 kerja

Avon pindah ibu pejabat ke Britain, kurang 2,500 kerja

NEW YORK, 15 Mac (AFP) – Syarikat kosmetik Avon Products Inc berkata semalam ia sedang membuang 2,500 pekerja dan memindah ibu pejabatnya ke Great Britain, penyusunan semula terbarunya setelah menjual perniagaannya di Amerika Utara.

Perubahan itu dijangka menelan kos AS$60 juta sebelum cukai dalam kebanyakan perubahan dalam suku pertama 2016, tetapi pengurangan pekerja akan membawa kepada penjimatan sebanyak AS$30 juta pada tahun ini, kata syarikat dalam satu kenyataan. Penjimatan dijangka mencecah AS$70 juta pada 2017.

Avon mempunyai ‘operasi komersial besar’ di Great Britain dan perpindahan itu akan berlaku ‘secara beransur-ansur’, kata kenyataan, tanpa memberikan jadual masa khusus.

“Dengan berakhirnya penjualan perniagaan Amerika Utara baru-baru ini, operasi komersial kami kini berada di luar Amerika Syarikat, sekali gus membenarkan kami memikirkan semula model operasi kami,” kata CEO Avon Sheri McCoy dalam kenyataan.

Syarikat itu akan mengekal dua bangunan di New York, terus digabungkan di New York dan diniagakan di Bursa Saham New York. Saham Avon (AVP) naik dua peratus selepas perniagaan pasaran. Pada akhir tahun lalu, Avon menggaji 28,300 orang di luar Amerika Utara.

Pada Disember, dana pelaburan Cerberus Capital Management membeli 16.6 peratus saham dalam Avon dan 80.1 peratus dari perniagaannya di Amerika Utara, dalam satu perjanjian bernilai AS$605 juta.

Produk Avon dijual menerusi 6 juta wakil bebas di kira-kira 70 buah negara. Syarikat itu telah bergelut di tengah persaingan daripada peruncit Internet dan tradisional, serta jenama lain.

Penyusunan semula Avon terjadi tatkala koperasi lain meninggalkan AS untuk mencari tempat yang lebih mesra-cukai, satu trend yang digelar “pengelakan cukai” yang telah dikecam oleh Presiden Barack Obama sebagai “tidak bersifat patriotik.”