Awal Tahun Hijrah KKBS

Awal Tahun Hijrah KKBS

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438 yang diserikan dengan cermah bertajuk ‘Harta Berkat Negara Selamat’.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Ceramah khas yang disampaikan oleh Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin.
Ceramah khas yang disampaikan oleh Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.

Ceramah pada majlis itu telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

Terdahulu itu, majlis yang diadakan di Dewan Digadong, KKBS itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Azrol Alim bin Haji Zaini.

Majlis tersebut dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, KKBS yang antara lain bertujuan sebagai usaha berterusan dalam memeriahkan sambutan hari-hari kebesaran Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

ARTIKEL YANG SAMA