Awang Amba sekeluarga terima hidayah

Awang Amba sekeluarga terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 28 Ogos – Sebuah keluarga Iban menerima hidayah dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis yang berlangsung di Kampung Batang Duri di sini.

Awang Amba anak Bana bersama isteri dan tiga orang anak beliau serta seorang cucu melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap, di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah; Ketua Bahagian Dakwah Daerah Temburong; Haji Hazimin bin Haji Metali; Penghulu Mukim Amo, Haji Bahrun bin Haji Talib serta ahli keluarga terdekat.

Saudara baru ketika melafazkan ikrar masuk Islam di hadapan tetamu kehormat.
Saudara baru ketika melafazkan ikrar masuk Islam di hadapan tetamu kehormat.

Awang Amba, 77 tahun telah memilih nama Muhammad Hanbali bin Abdullah Bana sebagai nama Islamnya; sementara isteri beliau Dayang Balula anak Tinggang, 67, kini dikenali sebagai Nurul Huda binti Abdullah Tinggang; anak-anak beliau masing-masing memilih nama Islam mereka iaitu Awang Jali anak Amba, 46, kini dikenali sebagai Muhammad Razali bin Muhammad Hanbali; Dayang Sawai anak Amba, 41, kini dikenali sebagai Nur Alya Sabarina binti Muhammad Hanbali dan Dayang Mundun anak Amba, 34, kini dikenali sebagai Nurfarhana binti Muhammad Hanbali.

Manakala cucu beliau, Awang Partius anak Bundong, 22, memilih nama dalam Islamnya sebagai Muhammad Abdul Fathir bin Abdullah Bundong.

Pada majlis itu, Awang Amba serta keluarganya menerima cenderahati daripada Haji Harun yang setelah itu mendahului acara menabur bunga rampai yang diiringi dengan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh ahli Takmir Masjid Kampung Selangan yang diketuai oleh Penghulu Mukim Amo.

ARTIKEL YANG SAMA