Awang Azmi dilantik pengerusi PIBG SMSUA

Awang Azmi dilantik pengerusi PIBG SMSUA

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Awang Azmi bin Haji Dahli telah dipilih sebagai Pengerusi Tertinggi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al- Khattab bagi sesi 2016-2018 pada mesyuarat pembubaran ahli jawatankuasa terdahulu yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa lain bagi wakil ibu bapa yang dipilih ialah Dayang Kasni binti Haji Hashim sebagai Timbalan Setiausaha; Haji Asli bin Haji Mamut (Timbalan Bendahari); Haji Salleh bin Haji Besar dan Dayang Mahani.

Manakala ahli AJK baru bagi guru-guru terdiri daripada Pengetua Hajah Sapiah binti Pengarah Haji Buntar sebagai Penasihat; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Haji Mohd Fadhillah bin Haji Ismail (Timbalan Pengerusi); Awang Bakar bin Haji Abdul Rahman (Setiausaha); Haji Rasanoor Hashimen bin Haji Samsuddin (Bendahari); Dayang Faridah binti Sumari, Dayang Nur Azizah binti Mat Yasin; Awang Nuur Hadi bin Haji Dewa; Awang Ziad bin Haji Kula dan Dayang Siti Noor Rahayu binti Mahat.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Shahmin bin Haji Akop, diikuti ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PIBG 2014-2016, Haji Asli bin Haji Mamut.

Kemudian taklimat laporan kewangan 2014-2016 yang telah disampaikan oleh Dayang Eryana binti Haji Ramlee dan seterusnya, sijil penghargaan telah disampaikan oleh Hajah Sapiah kepada ahli-ahli PIBG 2014-2016,

Gambar ramai ahli PIBG SM Sayyidina Umar Al-Khattab sesi 2016-2018.
Gambar ramai ahli PIBG SM Sayyidina Umar Al-Khattab sesi 2016-2018.

ARTIKEL YANG SAMA