Awang Dahlan pemenang mencipta logo

Awang Dahlan pemenang mencipta logo

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Awang Dahlan bin Ramli dan Awang Khairuddin bin Kiffle, masing-masing telah memenangi Peraduan Mereka Cipta Logo dan Slogan C.A.R.E, yang mana logo dan slogan ciptaan mereka akan digunakan bagi segala kegiatan yang dilaksanakan di bawah Program Coral C.A.R.E, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU).

Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian hadiah kepada kedua-dua pemenang berkenaan telah diadakan, hari ini, di Dewan Nur Huda, Kompleks Perikanan Muara, dan disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap KPSSU, para pegawai dan kakitangan KPSSU dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Awang Dahlan telah menampilkan elemen rekaan yang menggabungkan bentuk ikan, ombak dan takat bagi melambangkan kepentingan takat sebagai habitat dan pelindung semula jadi. Beliau menerima wang tunai $500 berserta sijil penghargaan.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya menyampaikan hadiah kepada Awang Khairuddin, pemenang men-cipta slogan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya menyampaikan hadiah kepada Awang Khairuddin, pemenang men-cipta slogan.

Sementara itu, Awang Khairuddin bin Kiffle pula dengan slogan ciptaannya “We Care. They Live. Fish Thrive,” telah membawa pulang wang tunai $300 dan sijil penghargaan.

Peraduan tersebut dilancarkan pada 8 Jun 2014 yang lalu sebagai inisiatif untuk menyokong dan melengkapkan lagi kerja serta program-program perikanan, KPSSU dalam usahanya mencapai matlamat bagi pemuliharaan, perlindungan, pemulihan dan penanaman semula takat karang yang rosak dan tercemar.

ARTIKEL YANG SAMA