Awang dipenjara 10 bulan

Awang dipenjara 10 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Seorang lelaki tempatan dikenakan 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri.

Awang bin Haji Abdullah Mahrof, 28, mengaku bersalah mencuri basikal; komputer riba; telefon pintar; kaca mata; dompet mengandungi mata wang Hong Kong dan China dan menceroboh.

Dia melakukan kesalahan mencuri itu di Kampung Tanah Jambu pada 24 Ogos 2016 dan menceroboh kawasan sebuah rumah di Kampung Sungai Tilong pada 22 Jun 2016 dengan niat untuk mencuri.

Tertuduh telah menukar mata wang Hong Kong dan China tersebut, dan memperolehi $120 yang digunakannya untuk membayar hutang dan membeli dadah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA