Awang Raziman terima kerusi roda

Awang Raziman terima kerusi roda

Awang Raziman terima kerusi roda

 

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), hari ini, telah menghulurkan bantuan berupa sebuah kerusi roda kepada salah seorang ahli iaitu Awang Raziman @ Puasa bin Haji Ibrahim.

Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan kerusi roda pada majlis yang berlangsung di Pusat KACA, Kiulap, ialah Pengarah Urusan Pusat KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman yang juga selaku Timbalan Presiden KACA.

Ibu Awang Raziman, Pengiran Ratni binti Pengiran Haji Hashim semasa ditemui Media Permata memberitahu, anak ketiga beliau ini telah menghadapi masalah penyakit epilepsi (sawan) sejak berusia satu tahun.  Kini Awang Raziman telah berusia 22 tahun dan beliau mampu berjalan dan berdiri tetapi hanya dalam jangka masa yang pendek.

Pengiran Ratni juga melahirkan perasaan gembira dan terima kasih atas pemberian sumbangan berkenaan, serta keprihatinan Pusat KACA yang berterusan sehingga sekarang.

Haji Awang Abdul Alim menyampaikan kerusi roda kepada Awang Raziman. Turut kelihatan ialah ibunya, Pengiran Ratni.
Haji Awang Abdul Alim menyampaikan kerusi roda kepada Awang Raziman. Turut kelihatan ialah ibunya, Pengiran Ratni.

ARTIKEL YANG SAMA