Awangku Adibul Amin, Hajah Siti Noor Dzuhairah muncul johan

Awangku Adibul Amin, Hajah Siti Noor Dzuhairah muncul johan

Oleh Mohamad Asyramisyanie dan Siti Nur Wasimah S

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436H/2015M yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain Keberangkatan Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain ke majlis itu dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H/2015M serta ahli-ahli Jawatankuasa yang lain.

Muncul Johan Bahagian Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan  ialah Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki sementara Bahagian Qariah pula dimenangi oleh Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit.

Naib johan Bahagian Qari dimenangi oleh Haji Mahrof  bin Haji Chuchu sementara Awangku Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki mendapat tempat ketiga.

Baginda Sultan berkenan mengurniakan anugerah kepada Johan Qariah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan anugerah kepada Johan Qariah.
DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Digadong, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang berangkat hadir.
DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Digadong, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang berangkat hadir.
Johan Qari memperdengarkan bacaannya.
Johan Qari memperdengarkan bacaannya.
Antara tetamu yang menghadiri Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan yang berlangsung malam tadi .
Antara tetamu yang menghadiri Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan yang berlangsung malam tadi .

Dalam Bahagian Qariah pula, naib johan disandang oleh Dayang Siti Huzaimah binti Yadey Haji Rosli manakala tempat ketiga jatuh kepada Dayang Norezah binti Haji Md Deli.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56, di Kuala Lumpur, Malaysia Tahun 1435H/2014M, Awang Ahmad Tirmizi Haji Ali.

Kebawah Duli Yang Maha berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah dan cenderamata kepada Johan Qari dan Johan Qariah serta para peserta, hakim musabaqah dan juga qari jemputan.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Enam peserta yang terdiri daripada tiga qari dan tiga qariah turut terlibat dalam musabaqah kali ini iaitu Haji Awang Muhd Fahmie bin Haji Awang Metussin, Haji Awang Muhd Fikri bin Haji Awang Metussin, dan Haji Muhammad Nasrul Fakhri bin  Haji Yahya dalam bahagian qari.

Tiga peserta lain dalam Bahagian Qariah terdiri daripada Pengiran Hajah Salbiah binti Pengiran Haji Mohd Salleh, Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya dan Hajah Rokiah binti Haji Ibrahim @ Brahim.

ARTIKEL YANG SAMA