Awas Dortmund

Awas Dortmund

BERLIN, 2 Okt (AFP) – Robert Lewandowski berazam untuk menambah rekod jaringan dalam persaingan Bundesliga Bayern Munich menentang bekas kelabnya, Borussia Dortmund untuk ‘Der Klassiker’ Jerman Ahad ini.

Pemain utama Poland itu telah menjaringkan 10 kali dalam tiga perlawanannya dan telah menjaringkan 17 gol bagi kelab dan negaranya musim ini.

Dia mengukuhkan lima golnya dalam sembilan minit untuk Bayern ketika menentang Wolfsburg minggu lalu dengan dua lagi jaringan dalam kemenangan 3-0 di Mainz dalam aksi Bundesliga Sabtu lalu.

Dia kemudian menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-0 di tempat sendiri menentang Dinamo Zagreb dalam Liga Juara–Juara Selasa lalu.

Bayern mengungguli Bundesliga dengan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan untuk mengatasi Dortmund di tangga kedua dengan empat mata selepas pasukan Thomas Tuchel seri dalam dua perlawanan liga yang lalu menentang Hoffenheiom dan Darmstadt.

Lewandowski (kiri) meraikan jaringan semasa aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb di Munich, 29 September lalu. – AFP
Lewandowski (kiri) meraikan jaringan semasa aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb di Munich, 29 September lalu. – AFP

Perlawanan Bayern-Dortmund digambarkan sebagai “Der Klassiker” di Jerman meniru “El Clasico” Sepanyol di antara Barcelona dan Real Madrid.

Ini adalah kali ke-19 pasukan itu bertemu dalam tempoh lima tahun dan Dortmund mendahuluinya dengan sembilan kemenangan, dua seri dan tujuh kalah.

Bayern, bagaimanapun, memenangi perlawanan 2-1 di Wembley dalam Liga Juara–Juara 2013.

Pasukan Bavarin memenangi liga musim lalu, tetapi Dortmund memenangi separuh akhir Piala Jerman di Munich April lalu menerusi sepakan penalti dan gelaran Piala Super Jerman 2014 menentang Bayern.

Dortmund masih perlu meningkatkan tugasan mereka dalam usaha untuk mengekang Munich untuk menjulang gelaran Bundesliga keempat berturut-turut yang belum pernah dicapai oleh mana–mana pasukan.