Awas lubang di bahu jalan

Awas lubang di bahu jalan

PENGGUNA-pengguna jalan raya perlulah berhati-hati apabila hendak berhenti di bahu laluan jalan berdekatan dengan Simpang 41, Jalan Sungai Liang-Andulau-Labi.

Lubang di tepi jalan raya tersebut tidak nampak kerana ianya tertutup oleh rumput panjang. Adalah dipercayai penutup lubang itu telah dicuri untuk dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebagai bahan kitar semula.

pg06_151102_b

Dalam hal ini, pihak berkenaan wajib menimbangkan kemungkinan meletakkan penutup lubang besi daripada jenis yang dikimpal dan mudah dibuka atau penutup jenis simen konkrit yang dapat dibuka.

Pada masa yang sama, kita berharap agensi-agensi kerajaan yang berkenaan hendaklah sentiasa memantau harta benda yang dalam tanggungan mereka masing-masing.

Rahmat Haji Abdul Rahman

ARTIKEL YANG SAMA