Awas ‘mafia’ FIFA

Awas ‘mafia’ FIFA

BUENOS AIRES, 30 Julai (Reuters) – Pemain hebat bola sepak Argetnina Diego Maradona semalam berkata dia mahu menentang ‘mafia’ yang bertanggungjawab bagi skandal rasuah yang menggegarkan FIFA, tetapi berhenti seketika menyatakan dia mahu menjadi presiden seterusnya bagi badan induk bola sepak dunia itu.

“Saya perlu menentang mafia yang masih berada dalam FIFA. Saya perlu menentang sesiapa yang telah lama mencuri dari FIFA,” Maradona memberitahu saluran televisyen tempatan, America.

Ditanya sama ada dia akan bertanding jawatan presiden FIFA, dia menjawab: “Saya mahu berada dalam FIFA.”

Lewat Mei lalu, pendakwa persekutuan di New York membabitkan sembilan pegawai bola sepak, kebanyakannya mereka yang memegang atau telah memegang jawatan dalam FIFA, dan lima media sukan dan eksekutif promosi dalam skim yang membabitkan AS$150 juta sogokan dalam tempoh 24 tahun.

Pendakwa berkata penyiasatan mereka mendedahkan skim pembersihan kewangan yang kompleks, jutaan dolar dalam pendapatan yang tidak bercukai dan berpuluh juta dolar dalam akaun di luar negara yang dipegang oleh para pegawai bola sepak.

Diego Maradona bersama anak perempuannya Jana semasa menyaksikan perlawanan Boca Junior dan Quilmes di Stadium La Bombonera di Buenos Aires 18 Julai lalu. – Reuters
Diego Maradona bersama anak perempuannya Jana semasa menyaksikan perlawanan Boca Junior dan Quilmes di Stadium La Bombonera di Buenos Aires 18 Julai lalu. – Reuters

Maradona melancarkan kritikan mengenai pengendalian elit FIFA, terutama ketuanya Sepp Blatter, yang pada Jun lalu mengumumkan meletak jawatan kerana skandal rasuah.

Blatter tidak didakwa oleh pegawai kehakiman AS dan menafikan sebarang salah laku.

Maradona telah lama mendakwa Blatter mengendalikan FIFA seperti pertubuhan jenayah dan menyuarakan kegembiraan dalam melihat pihak berkuasa AS menekan bekas pegawai tertinggi FIFA dan pegawai semasa dengan dakwaan rasuah. Dia kesal amarannya tidak dihiraukan.

“Sekarang ia memihak kepada saya. Saya berjalan dengan langkah yanquis,” kata Maradona dalam satu temu bual, menggunakan slanga Sepanyol bagi Amerika. Dan yanquis ini adalah serius,” tambahnya.

Maradona merupakan salah seorang pemain bola sepak yang berkebolehan dan membawa Argentina menjulang Piala Dunia 1986.

Tetapi kerjayanya terjejas beberapa tahun kemudian akibat ketagihan dadah, alcohol dan insiden kontroversi di dalam dan luar padang bola.

ARTIKEL YANG SAMA