Awasi Anak Kitani dedah bahaya dadah

Awasi Anak Kitani dedah bahaya dadah

Mejar (B) Haji Johari, Hajah Noorashidah dan antara penduduk kampung yang hadir pada sesi taklimat itu.
Mejar (B) Haji Johari, Hajah Noorashidah dan antara penduduk kampung yang hadir pada sesi taklimat itu.

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) menganjurkan Program Awasi Anak Kitani yang berlangsung di Madrasah Masjid Setia Ali, Kampung Sabun, Pekan Muara, hari ini.

Awang Mohammad Shukri.
Awang Mohammad Shukri.

Antara yang hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar; Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak; Ketua Kampung Kapok, Haji Awang Marali bin Haji Ahmad; Ketua Kampung Masjid Taman Pekan Muara, Kampung Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Osman.

Dalam program tersebut, taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Narkotik, Awang Mohammad Shukri bin Haji Asri yang antara lain menekankan, dalam statistik BKN, belia yang masih bersekolah hingga bekerja antara yang banyak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, penglibatan mereka dalam aktiviti ini disebabkan ingin mencuba, pengaruh kawan-kawan selain mempunyai masalah keluarga.

Sehubungan itu, beliau menyeru para belia supaya mengambil berat mengenai perkara ini yang mana ini bukan satu perkara yang ringan tapi ia boleh membebankan diri dan menghancurkan silaturahim dengan keluarga, masyarakat dan masa depan sendiri.

Pada taklimat itu, tetamu juga berpeluang untuk menyaksikan pameran yang disediakan oleh Jabatan Penerangan dan Biro Kawalan Narkotik.

 

ARTIKEL YANG SAMA