Ayah, anak buruan polis, berjaya diberkas

Ayah, anak buruan polis, berjaya diberkas

SYDNEY, 28 Okt (AFP) – Dua orang lelaki yang paling dikehendaki di Australia, iaitu ayah dan anak lelakinya, diberkas hari ini selepas usaha pemburuan pihak polis hampir dua minggu yang menarik tumpuan negara, dengan mayat reput ditemui di tempat persembunyian terpencil mereka.

Kes Gino dan Mark Stocco – yang menjadi buruan selama lapan tahun – telah mempesonakan media Australia sejak mereka melepaskan tembakan ke arah polis ketika drama kejar-mengejar dengan kereta, dengan pihak berkuasa melancarkan usaha pemburuan di seluruh tiga negeri bagi kedua-dua lelaki ini yang digelar ‘modern day bushrangers’.

Dikehendaki ekoran siri-siri jenayah hartanah dan keganasan, mereka mengelak daripada ditangkap meskipun mereka banyak kali dilihat sehinggalah maklumat yang membawa polis bersenjata lengkap ke sebuah ladang di Dunedoo, 345 kilometer barat laut Sydney.

Tembakan tidak dilepaskan. Kedua-dua lelaki itu mengalami cedera ringan ketika mereka melawan semasa ditangkap. Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales Clint Pheeney berkata mayat yang ditemui selepas penangkapan itu dipercayai seorang lelaki berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober.

“Keseluruhannya, ini adalah operasi sangat gigih yang telah melibatkan sebilangan negeri,” dia menambah kata, ketika siasatan ke atas pembunuhan dilancarkan

Kedua-dua mereka itu silang menyilang antara Negeri New South Wales dan Victoria bagi tempoh 12 hari lalu, dengan polis memberi amaran mereka bersenjata dan berbahaya.

ARTIKEL YANG SAMA