Ayah kejam kena 16 tahun

Ayah kejam kena 16 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160516_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Seorang bapa yang mengaku bersalah kerana merogol dua orang anaknya dan percubaan merogol seorang lagi anaknya terpaksa meringkuk selama 16 tahun di dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi hukuman yang lebih berat.

Hakim Mahkamah Rayuan semasa menjatuhkan hukuman mengambil kira faktor sumbang mahram, menyalahgunakan amanah dan kuasa sebagai seorang ayah kandung dan usia ketiga-tiga mangsa yang masih muda semasa kejadian. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman memohon mahkamah supaya menambah tempoh pemenjaraan kerana hukuman yang dijatuhkan iaitu 14 tahun penjara oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mac lalu adalah tidak mencukupi berbanding dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun bernasib baik kerana dikecualikan hukuman sebat di mana pesalah berusia 50 tahun ke atas akan terlepas daripada menjalani sebatan.

Dalam sebutan terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memperkosa anaknya (Dayang X) daripada isteri pertama, dan cubaan rogol dan merogol dua lagi anaknya (Dayang Y dan Dayang Z) daripada isteri kedua.

Dia didakwa merogol Dayang X sebanyak empat kali antara tahun 2002 dan 2003 ketika mangsa berusia 13 tahun dengan menyamar sebagai ‘orang luar’ yang dikuasai oleh semangat jahat, dan sebanyak dua kali pada Februari 2016 ketika mangsa berusia 26 tahun.

Dia melakukan kesalahan keji itu di tempat berasingan di tempat yang gelap.

Tertuduh juga dituduh cuba merogol Dayang Y yang berusia 15 tahun sekitar tahun 2014 dan merogol Dayang Z yang berusia 16 tahun sebanyak dua kali pada 2015.

Perbuatan tertuduh hanya diketahui apabila teman lelaki Dayang X menerima pesanan melalui WhatsApp yang memaklumkan bahawa tertuduh telah merogol Dayang X.

ARTIKEL YANG SAMA