Ayah kejam kena 22 tahun penjara

Ayah kejam kena 22 tahun penjara

SYDNEY, 23 Jun (AFP) – Seorang warga Australia yang berulang kali memperkosa anak perempuannya dan mengarahkan orang asing untuk mendera anaknya sementara dia melihatnya, telah dipenjarakan hari ini selama 22 tahun enam bulan, dengan memberitahu polis ‘ia menyeronokkan sebelum ia berakhir’.

Ayah berkenaan, yang tidak dapat dinamakan untuk melindungi identiti anak perempuannya, mengakui atas 61 kesalahan yang dilakukannya antara 2013 dan 2015 apabila anak perempuannya berusia antara 11 dan 13 tahun.

Mahkamah Daerah Barat Australia di Perth telah mendengarkan lelaki berusia 42 tahun itu juga mengaturkan enam lelaki lain, yang ditemuinya dalam talian, untuk melakukan seks dengan anak perempuannya sementara dia menyaksikan atau menyertainya.

Lingkaran pedofilia itu telah ditumpaskan tahun lepas apabila para detektif menangkap lelaki-lelaki tersebut, berusia antara 35 dan 47 tahun, selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA