Ayah tergamak suruh anak curi

Ayah tergamak suruh anak curi

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Seorang bapa yang tergamak menyuruh anak lelakinya dan seorang lagi remaja melakukan perbuatan curi telah dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa menyuruh anaknya dan remaja lelaki lain yang masing-masing berusia 14 tahun, memasuki sebuah rumah di Kampung Bunut untuk mencuri sistem radio hi-fi dan set pembesar suara, pada 19 April 2016.

pg06_160509_mahkamah logo2

Apabila mendapati barang yang dicuri itu rosak, tertuduh menemani remaja berkenaan untuk mengembalikan semula radio dan set pembesar suara ke rumah tersebut.

Perbuatan mereka bagaimanapun dilihat oleh orang ramai yang mula mengesyaki sesuatu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA